suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga tahun menyepi, Rain bakal buat 'comeback' keluar album duo bersama seorang penyanyi misteri

Rain buat kemunculan semula dengan menampilkan kelainan.

PENYANYI dan pelakon popular Korea Selatan Rain bakal membuat kemunculan semula dalam dunia muzik dengan menampilkan sesuatu yang berbeza.

Memetik laporan Soompi, Rain bakal bergandingan dengan seorang artis terkenal namun memilih untuk merahsiakan identiti penyanyi itu.

Menurut agensi pengurusan Sublime Artist Agency, Rain juga akan bekerjasama dengan artis lain untuk mengeluarkan album sebagai duo.

"Untuk menambahkan lagi elemen muzik mereka, dua penari hebat akan digabungkan untuk menerbitkan pentas yang dianggap seperti 'the epitome of dance'.

"Kami harap ini merupakan berita baik untuk peminat yang menantikan kemunculan semula Rain di pentas nyanyian. Tolong sokong album baharu Rain," katanya.

Kali terakhir Rain melancarkan album pada tiga tahun lalu iaitu 2017 berjudul MY LIFE.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain