suria

Cinta baharu hanya bertahan dua bulan... Brad Pitt, Nicole Poturalski putus!

Hubungan cinta pelakon Brad Pitt dan kekasihnya, Nicole sudah berakhir.

HUBUNGAN cinta pelakon Brad Pitt dan kekasih Nicole Poturalski dikatakan sudah berakhir selepas dua bulan mereka menjalinkan hubungan istimewa itu.

Menurut laporan US Magazine, Brad Pitt dan Nicole berpisah pada minggu lalu kerana kedua-duanya tidak serius dalam perhubungan tersebut.

Gosip mengenai pasangan ini mula dihidu media apabila mereka dilihat bercuti bersama-sama di Perancis pada Ogos lalu.

Mereka menghabiskan masa bersama di Chateau Miraval iaitu kebun anggur yang dibeli Brad Pitt dan bekas isteri Angelina Jolie pada tahun 2011.

Sebelum ini, Nicole pernah menafikan dakwaan kononnya dia membenci Angelina.

Ia selepas Angelina Jolie meluahkan rasa bimbang jika percintaan bekas suami dan model itu akan memberi kesan kepada anak-anak.

Pada 25 September lalu, pengacara Wendy Williams berpendapat hubungan pasangan itu hanya akan bertahan selama enam bulan sahaja.

Kata Wendy, Nicole hanya mempergunakan Brad Pitt untuk kepentingannya sahaja.

Brad Pitt dan Angelina Jolie merupakan antara pasangan popular Hollywood selama 12 tahun dan mengambil keputusan bercerai pada 2016.

Mereka memiliki tiga anak kandung dan mengambil tiga anak angkat.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain