suria

Dua bulan menyepi, Zayn Malik buat 'comeback' di IG... peminat jadi tak keruan

Zayn Malik berkongsi foto 'selfie' di Instagram pada Jumaat.

SELEPAS hampir dua bulan menyepi dari laman sosial, bekas anggota kumpulan One Direction iaitu Zayn Malik, 27, kembali dengan sebuah entri yang dikongsikan di Instagram pada Jumaat.

Menerusi foto selfie yang dimuat naik tanpa kapsyen itu, mata penyanyi lagu Pillowtalk ini kelihatan berkaca.

ARTIKEL BERKAITAN: One Direction sambut ulang tahun ke-10, Zayn Malik didakwa lupa asal usul - “Adakah tahun sebelum ini tak bermakna buat kamu?”

Gambar yang kini memperoleh kira-kira 6 juta tanda suka (likes) dan 300,000 komen menerima reaksi positif peminat.

"Kongsikan rutin penjagaan wajah awak.

"Kami merindui awak selama ini.

"Awak apa khabar, Z? Saya harap semuanya baik-baik saja. Kami merindui awak," tulis beberapa netizen.

Zayn dan pasangannya, model antarabangsa Gigi Hadid, 25, kini sedang menantikan kehadiran anak pertama mereka yang dijangka bakal lahir pada Disember ini.

Sumber: Hollywoodlife

Zayn Malik, One Direction, Gigi Hadid

Artikel Lain