suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Naya Rivera disemadikan berhampiran Paul Walker

Naya Rivera dikebumikan di Los Angeles, California, Amerika Syarikat.

MAYAT pelakon terkenal Hollywood Naya Rivera dikebumikan di tanah perkuburan di Los Angeles, California, Amerika Syarikat kurang dua minggu selepas ditemukan terapung.

Menurut sijil kematian yang diperoleh majalah People, mayat pelakon siri televisyen Glee itu dikebumikan di Taman Memorial Forest Lawn pada 24 Julai lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Lima hari hilang, mayat bintang ‘Glee’ Naya Rivera akhirnya ditemukan terapung di Tasik Piru

ARTIKEL BERKAITAN: Bintang 'Glee' Naya Rivera hilang, disyaki lemas

Dokumen yang difailkan di Daerah Ventura, California, menyatakan bahawa Naya mati beberapa minit ketika lemas di Tasik Piru.

Dokumen tersebut turut menunjukkan bahawa tiada petunjuk lain yang menyumbang kepada kematian Naya.

Mendiang disemadikan berhampiran pusara bintang filem Fast Furious Paul Walker dan penyanyi rap Nipsey Hussle.

Sebelum ini, Naya dilaporkan hilang selepas anak lelakinya, Josey Hollis Dorsey, 4, dijumpai bersendirian di atas sebuah bot yang disewa.

Josey ditemui dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut laporan CBS Los Angeles, kanak-kanak itu memberitahu dia dan ibunya berenang di tasik namun Naya tidak naik semula ke atas bot.

Sumber: Hollywoodlife
Naya Rivera, sensasi artis, Glee

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia