suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bintang 'Glee' Naya Rivera hilang, disyaki lemas

Pelakon siri televisyen Glee, Naya Rivera disyaki lemas selepas berenang Bersama anak lelakinya pada Rabu.

BINTANG Glee, Naya Rivera, dilaporkan hilang selepas anak lelakinya dijumpai bersendirian di atas sebuah bot di California, Amerika Syarikat.

Naya, 33, yang ditemani anaknya Josey Hollis Dorsey yang berusia empat tahun menyewa sebuah bot di Tasik Piru, Taman Negara Los Padres pada Rabu.

Menurut Jabatan Sheriff Daerah Ventura, Naya menyewa bot tersebut sekitar jam 1 petang sebelum anak lelakinya ditemui di atas bot itu tiga jam kemudian.

Josey ditemui dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menerusi laporan CBS Los Angeles, kanak-kanak itu memberitahu dia dan ibunya berenang di tasik namun Naya tidak naik semula ke atas bot.

Misi menyelamat dihentikan seketika dan akan diteruskan semula pada keesokan harinya.

Bagaimanapun, menerusi sebuah ciapan (tweet) yang dikongsikan Jabatan Sheriff Daerah Ventura, Naya berkemungkinan besar lemas dan tidak dapat diselamatkan.

Sumber: Hollywoodlife

Naya Rivera, Glee

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia