suria

Sushant Singh Rajput ditemui mati di kediamannya dipercayai bunuh diri

Sushant dilaporkan meninggal dunia selepas ditemui tergantung di rumahnya.

DUNIA hiburan Bollywood dikejutkan dengan berita mengenai pelakon Sushant Singh Rajput ditemui mati di kediamannya pada Ahad.

Menerusi kenyataan polis memberitahu Sushant ditemui tergantung di rumahnya yang terletak di Carter Road, Mumbai dan sehingga kini kes itu diklasifikasikan sebagai bunuh diri.

"Sushant Singh Rajput dilaporkan telah membunuh diri dan kini kes dibawah siasatan polis," kata wakil polis Mumbai.

Memetik laporan Hindustantimes, Sushant meninggal dunia selepas beberapa hari bekas pengurusnya, Disha Salian dipercayai bunuh diri.



Filem terbaharu Sushant baru sahaja ditayangkan pada awal tahun ini.

Pelakon filem Dil Bechara tersebut merupakan graduan kejuruteraan mekanikal, Sushant mula menceburi bidang lakonan pada 2009.

Dia disifatkan antara aktor muda berbakat besar, Sushant mula popular selepas membintangi siri televisyen Pavitra Rishta, sebelum mencipta nama sebagai bintang filem.

Antara wataknya yang paling diiingati ialah sebagai bekas kapten pasukan kriket India, Mahendra Singh Dhoni, dalam filem biopik, MS Dhoni, yang juga merupakan antara filem paling berjaya pada tahun 2016.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Sushant Singh Rajput

Artikel Lain