suria

Muzik, tarian didakwa angkat unsur mistik dan pemujaan! Ini komen penyanyi lagu 'Lathi'

Weird Genius jawab tuduhan lagu Lathi mengangkat unsur mistik. Foto: KOMPAS TV

LAGU terbaharu nyanyian Weird Genius dan Sara Fajira berjudul Lathi terus menjadi perbualan hangat netizen di laman sosial selepas tular video cabaran Lathi Challenge yang memperlihatkan tranformasi wajah cantik bertukar menjadi hantu yang menyeramkan.

Isu ini menjadi lebih hangat selepas pendakwah muda, Da'i Wan Dazrin menasihati orang ramai supaya menghentikan cabaran tersebut kerana terdapat unsur-unsur syirik dan bertentangan dengan Islam.

Enggan terus melatah dengan dakwaan tersebut, ahli kumpulan berasal dari Indonesia ini berkata mereka menerima pandangan tersebut dengan hati terbuka.

ARTIKEL BERKAITAN: Sehari selepas tegur Lathi Challenge, berkali-kali pendakwah mohon maaf kepada orang Jawa – “Jika ingin terus berkarya, maka silakanlah”

"Sampai ada yang tanya saya apa rasa makan duit dari lagu begitu... saya hanya gelak.

"Menurut pandangan saya, setiap orang ada kesibukan masing-masing... kami sibuk buat lagu. Ada orang lain yang sibuk memerhati, komen dan menganalisis. Jadi tidak mengapalah!," kata Reza Arap dan Eka Gustiwana.



Teguran Wan Dazrin mengundang rasa kurang senang netizen di Indonesia.

Sehari selepas membuat teguran mengenai cabaran Lathi Challenge, Wan Dazrin Wan Din tampil mengemukakan permohonan maaf dan mengakui kekhilafannya dalam penggunaan kata menyampaikan teguran.

Ia gara-gara maklum balas netizen khususnya dari negara seberang, Indonesia yang mendakwa pendakwah tersebut secara tidak langsung menghina bangsa Jawa.



Mawar Rashid merupakan salah seorang selebriti Malaysia yang menyahut cabaran #Lathichallenge

Sementara itu, seorang lagi anggota kumpulan Weird Genius iaitu Gerard Liu mempersoalkan bahagian lagu tersebut yang dikatakan terdapat unsur mistik dan pemujaan.

"Saya tertanya juga bahagian mana... tapi tiada yang boleh jelaskan, jadi saya pun bingung.

"Saya berpendapat itu hanya sebahagian seni, jadi tiada apa yang salah," ujarnya.

Lagu Lathi yang dinyanyikan oleh Weird Genius bersama Sara Fajira itu menjadi trending di laman Youtube dan menerima lebih 45 juta tontonan.

SUMBER: Kompas TV

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain