Keliru nak jemput tetamu punca Gummy tak jadi buat majlis resepsi - Bintang Global | mStar

Keliru nak jemput tetamu punca Gummy tak jadi buat majlis resepsi

Gummy dan suaminya, Jo Jung Suk.

PENYANYI Gummy mendedahkan sebab utama dia dan suaminya, Jo Jung Suk enggan mengadakan majlis resepsi perkahwinan mereka.

Menurut Gummy, keputusan untuk tidak mengadakan sebarang majlis disebabkan dia keliru untuk memilih tetamu yang ingin dijemput. 

"Saya yang tak nak buat majlis resepsi sebab saya tak tahu siapa yang perlu kami jemput," katanya ketika ditemu bual menerusi program Love At First Song.


Pasangan ini berkahwin pada Oktober tahun lalu.

Pasangan itu pada mulanya merancang untuk mengadakan majlis tertutup untuk meraikan perkahwinan mereka namun akhirnya memilih untuk membatalkan hasrat itu.

Dia dan suaminya yang juga seorang pelakon itu telah berkahwin pada Oktober lalu.

Sumber- Soompi.


Gummy , Jo Jung Suk

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain