suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Sudah kahwin tapi masih nyanyi lagu untuk bekas kekasih” - Netizen syak Justin Bieber buat lagu tentang Selena Gomez

Lagu baharu Justin dikatakan mengenai bekas kekasihnya, Selena.

LAGU terbaharu penyanyi Justin Bieber berkolaborasi dengan Chris Brown berjudul Don't Check On Me mendapat pelbagai reaksi daripada peminatnya.

Menurut laporan Hollywoodlife, rata-rata peminatnya membuat spekulasi lagu tersebut ditujukan khas buat bekas kekasihnya Selena Gomez.

"Lagu itu nampak sangat tentang Selena.

"Dah kahwin, tapi masih menyanyi lagu untuk bekas kekasih.

Justin beberapa kali putus cinta dengan Selena sebelum berkahwin dengan Hailey.

"Lagu ini sangat menarik tapi Selena tidak ada masa nak periksa anda," kata beberapa peminatnya di laman Twitter.

Justin dan Selenas sebelum ini kembali menjalinkan hubungan cinta selepas beberapa kali putus namun mengakhiri hubungan tersebut pada Mac tahun lalu.

Beberapa bulan selepas itu, Justin berkahwin dengan model Hailey Baldwin di sebuah lokasi rahsia di New York, Amerika Syarikat pada September tahun lalu.

Selena Gomez, Justin Bieber

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia