suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kim Jae Wook terkejut digosipkan bercinta dengan Lee El

Jae Wook menafikan dia ada menjalinkan hubungan cinta dengan Lee El.

PELAKON Kim Jae Wook terkejut apabila dia dikatakan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Lee El.

Malah menerusi laporan Soompi, agensi pengrurusannya iaitu Management Soop turut menafikan artisnya itu sedang bercinta.

Menurutnya, foto tangan yang dirakam dan dimuat naik Lee El itu bukan Jae Wook memandangkan dia tidak mempunyai tahi lalat dibahagian jarinya.

"Jae Wook juga benar-benar terkejut sebaik sahaja mendengar khabar angin berkenaan. Dan sudah pastinya gosip cinta Jae Wook dan Lee El itu tidak benar sama sekali," tegas wakil agensi tersebut.

Lee El sebelum ini pernah berkongsi foto yang merakamkan bahagian jarinya memakai dua bentuk cincin sebelum memuat naik di akaun Instagramnya.

Spekulasi mengenai percintaan mereka mula timbul selepas netizen membuat perbandingan mengenai percintaan mereka berdua berdasarkan lokasi tahi lalat yang terdapat pada jari Jae Wook.

Kim Jae Wook, Lee El

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia