suria

Lisa Blackpink jadi artis Kpop pertama miliki 20 juta pengikut

Lisa jadi artis pertama Kpop miliki 20 juta pengikut. Foto Instagram @lalalalisa_m

AHLI kumpulan Blackpink iaitu Lisa menjadi artis Kpop pertama memiliki 20 juta pengikut di laman Instagram.

Menurut portal Soompi, pada April lalu dia memiliki 17.5 juta pengikut dan angka itu terus bertambah kepada 20 juta bulan ini.

Penyanyi berusia 22 tahun ini mula mendaftar di aplikasi tersebut pada bulan Jun 2018 dan pencapaiannya itu disifatkan luar biasa kerana diraih dalam masa kurang setahun.

Rata-rata pengikut turut teruja dan berharap Lisa akan terus berkongsi foto-foto indah di laman tersebut.

Hasil pemerhatian mendapati Lisa sudah memuat naik sebanyak 277 keping foto dan kerap berkongsi gambar menarik ketika dia mengadakan persembahan di seluruh dunia.

Selain Lisa, kumpulan ini turut dianggotai oleh Jennie, Jisoo dan Rose. Blackpink menjadi kumpulan berasal dari Korea Selatan yang dikenali serata dunia.

SUMBER: Soompi

Lisa, Blackpink

Artikel Lain