suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Selepas kematian bapa mertua, ibu Kajol pula jatuh sakit

Kajol bersama ibunya, Tanuja Mukherjee

MASIH bersedih dengan kematian bapa mertua, aktres Bollywood, Kajol dikejutkan lagi dengan sebuah berita duka apabila ibunya jatuh sakit secara tiba-tiba.

Menurut laporan NDTV.com, ibu pelakon itu, Tanuja Mukherjee terpaksa dimasukkan ke hospital pada petang Selasa selepas mengadu sakit pada bahagian abdoman.

Perkara itu diketahui umum selepas Kajol dirakam berada di hospital Mumbai Lilavati dipercayai untuk menghantar ibunya mendapatkan rawatan.

Ibu Kajol (tengah) terpaksa dimasukkan ke hospital selepas mengadu sakit pada bahagian abdoman.

Pihak hospital bagaimanapun enggan mendedahkan penyakit sebenar dihadapi Tanuja yang juga merupakan aktres vateran.

Terdahulu, peminat industri perfileman Bollywood dikejutkan dengan berita kematian pelakon dan pengarah, Veeru Devgan.

Upacara pengebumian pada Isnin berlangsung dalam suasana hiba apabila Kajol tidak mampu menahan sebak.

Kajol, Veeru Devgan, Tanuja Mukherjee

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia