suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bapa mertua meninggal dunia, Aishwarya Rai tenangkan Kajol

Aishwarya Rai memeluk Kajol yan sedang kesedihan.

BERITA kematian pelakon dan pengarah, Veeru Devgan mengejutkan ramai peminat industri perfileman Bollywood.

Upacara pengebumian pada Isnin berlangsung dalam suasana hiba apabila menantunya yang juga aktres Kajol tidak mampu menahan sebak.

Menurut laporan Hindustan Times, pasangan selebriti Aishwarya Rai dan suami Abhishek Bachchan turut hadir ke majlis pengebumian itu.

Aishwarya dilihat memeluk erat Kajol ketika pertemuan mereka di upacara tersebut.

Tindakan Aishwarya Rai memberikan sokongan moral terhadap teman rapatnya yang sedang bersedih menerima pujian netizen.

Bapa kepada Ajay Devgan itu meninggal dunia kerana sakit jantung.

Veeru, 85, dimasukkan ke hospital setelah keadaan kesihatannya semakin merosot.

Kajol dan Ajay berkahwin pada Februari 1999.

SUMBER: Hindustan Times

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia