suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Salman Khan teringin miliki anak, mungkin guna kaedah ibu tumpang

Salman Khan dikatakan bakal mengambil anak angkat melalui proses ibu tumpangan

BINTANG terkenal Bollywood Salman Khan mendedahkan bakal mengambil anak angkat melalui proses ibu tumpangan.

Media di India sejak semalam kecoh dengan khabar tersebut apabila Salman atau nama sebenarnya Abdul Rashid Salim Salman Khan dikatakan akan menggunakan kaedah sama seperti yang digunakan bintang Shah Rukh Khan dan Karan Johar utuk mendapatkan zuriat.

Dalam pada itu, Salman dikatakan masih tiada sebarang perancangan untuk mendirikan rumah tangga.

Pada 2017, Salman pernah menyatakan hasrat untuk memiliki anak kerana umurnya yang semakin meningkat.

Salman, 54, tidak pernah mendirikan rumah tangga namun beberapa kali digosipkan bercinta dengan aktres Aishwarya Rai, Katrina Kaif, Sangeeta Bijlani dan Somy Ali.

salman khan

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia