suria

Tiada mimpi yang terlalu besar! - Justin Timberlake, Missy Elliot terima ijazah doktor kehormat

Justin dan Missy terima ijazah doktor kehormat.

PENYANYI Justin Timberlake dan Missy Elliott menerima ijazah doktor kehormat daripada Berklee College of Music di Boston pada Sabtu.

Selain Justin dan Messy, komposer Alex Lacamoire turut menerima penganugerahan itu berdasarkan pencapaian mereka dalam industri muzik yang luar biasa.

Ketiga-tiga artis ini berkongsi perkara itu di media sosial dengan kata-kata semnagat dan memberi inspirasi kepada orang ramai.

Seperti dipetik ENews, Justin menghadiri majlis tersebut bersama isterinya Jessica Biel.

Justin pada ucapannya kepada graduan lain berkata, kehidupan akan ada naik dan turunnya anda perlu sentiasa bersiap sedia.

"Selagi anda bernafas ia tidak bermakna anda sudah terlambat untuk melakukannya, anda sudah pergi sejauh ini jika berfikir untuk berhenti," ujarnya.

Justin turut berkongsi kata-kata inspirasi kepada graduan kolej berkenaan.

Dalam pada itu, menerusi laman sosialnya, Justin berkata, tidak ada mimpi yang terlalu besar untuk dicapai.

"Tidak ada mimpi yang terlalu besar, tetaplah mengejarnya, percayalah aku adalah seorang doktor sekarang!," tulisnya.

Menerusi kenyataan pihak Berklee College of Music, penerima gelaran doktor kehormat ini dinilai menerusi pencapaian dan pengaruh mereka di dunia muzik. Mereka juga memberikan impak secara global dalam waktu yang lama.

Berklee College of Music telah menganugerahkan ijazah doktor kehormat sejak tahun 1971.

Antara penerima sebelum ini termasuklah Aretha Franklin, A.R. Rahman, Lionel Richie dan Julio Iglesias

Justin Timnerlake, Missy Elliot

Artikel Lain