suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Baim Wong rahsiakan keguguran isteri sebelum hamil anak pertama

Baim mohon maaf rahsiakan keguguran isterinya sebelum ini

PELAKON Baim wong akhirnya mengumumkan isterinya baru sahaja disahkan hamil selepas setahun mendirikan rumah tangga.

Baim dan isterinya, Paula Verhoeven yang juga aktress popular Indonesia membuat pengumuman tersebut melalui saluran Youtube mereka beberapa hari lalu.

Baim umum Paula sedang hamil beberapa hari lalu.

Namun melalui video terbaru mereka, Baim mendedahkan isterinya pernah mengalami keguguran namun mereka mengambil keputusan untuk mendiamkan diri atas dasar privasi.

"Seperti yang anda tahu kami telah mengumumkan Paula kini sedang hamil anak pertama kami, namun atas kegembiraan tersebut sebenarnya kami telah melalui fasa sedih yang anda mungkin tidak ketahui.

"Memang betul, awalnya Paula keguguran. Bukannya kami tidak mahu berkongsi dengan media namun kami dinasihatkan untuk lebih menjaga keadaan emosi Paula yang tidak stabil ketika itu.

Baim dan Paula mendirikan rumah tangga pada 21 Noovember 2018.

baim wong, paula verhoeven

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia