suria

Ed Sheeran, Justin Bieber dituduh kering idea, ciplak lagu Cheryl

Lagu berjudul I Dont Care nyanyi Ed Sheeran dan Justin Bieber terpalit kontroversi sebaik ia dilancarkan pada Jumaat.

PENYANYI Ed Sheeran dan Justin Bieber melancarkan single duet terbaharu mereka berjudul I Dont Care.

Ia bagaimanapun mencetuskan kontroversi apabila dituduh menciplak lagu dendangan Cheryl dengan tajuk sama yang dikeluarkan pada 2014.

Sebelum ini, Ed Sheeran pernah terpalit isu sama selepas lagu Thinking Out Loud nyanyiannya memiliki melodi hampir sama dengan lagu Let's Get It On nyanyian Marvin Gaye.

Persamaan melodi itu disedari peminat sebaik ia dilancarkan dan menjadi perdebatan hangat di laman sosial.

Segelintir peminat turut mencadangkan agar Cheryl mengambil tindakan undang-undang ke atas dua penyanyi lelaki itu.

Dalam pada itu, Mail Online turut menghubungi wakil ketiga-tiga penyayi itu namun tiada sebarang kenyataan diberikan mereka.

Ed Sheeran, Justin Bieber

Artikel Lain