7 artis Kpop bekerja keras untuk bayar hutang ibu bapa - Bintang Global | mStar

7 artis Kpop bekerja keras untuk bayar hutang ibu bapa

Tujuh selebriti bekerja keras demi menampung keluarga. Foto: Google

DISEBALIK populariti dan kemewahan hidup yang mereka miliki, jangan tak tahu ada antara selebriti popular Korea terpaksa bekerja keras hanya kerana ingin membayar hutang ibu bapa mereka.

mStar senaraikan tujuh selebriti popular Korea yang mencari rezeki dalam industri seni demi melangsaikan bebanan hutang ibu bapa mereka.

1. Chungha

Ketika muncul dalam program Olive’s Everyone’s Kitchen, penyanyi Chungha memberitahu dia telah membayar hutang keluarganya.

"Saya telah langsaikan semua hutang keluarga dan baru membelikan tas tangan berjenama mewah untuk ibu tersayang.

"Ibu segan menerima duit saya lagi, jadi saya beli sendiri beg mahal itu untuknya," katanya.

2. IU

Kehidupan IU mungkin tidak seindah yang kita bayangkan, penyanyi ini harus bekerja keras untuk menyara keluarga dan membayar hutang mereka.

Kejayaan lagu Good Day sedikit sebanyak membantu IU melunaskan hutang-hutang keluarga.

Dalam satu majlis, IU mendedahkan keluarganya menjadi mangsa penipuan menyebabkan mereka hidup berpisah.

Masalah dalaman keluarga itu membuatkan dia nekad untuk bergelar penyanyi dan akhirnya membuktikan kejayaannya.

3. MC Gree

MC Gree mendedahkan bahawa penceraian orang tuanya berpunca masalah kewangan apabila ibunya terbabit dengan hutang hampir jutaan ringgit.

Meskipun ibunya, Kim Goo Ra membayar separuh hutang itu dengan wang sendiri, MC Gree masih mengambil tanggungjawab dengan melunaskan baki hutang tertunggak.

4. Hyeri Girls Day

Hyeri Girls Day melalui perjalanan hidup yang agak sukar apabila ibu bapanya berpisah kerana masalah kewangan.

Setelah berjaya dalam karier seni, Hyeri menggunakan wang simpanannya untuk menyelamatkan ekonomi keluaga.

Malah, dia juga sudah mampu membelikan sebuah apartment dan kereta untuk kedua ibu bapanya.

5. Sungyeol INFINITE

Sungyeol INFINITE merupakan seorang anak yang sangat prihatin kerana menggunakan wang simpanan untuk membayar hutang kedua orang tua.

Dia turut menggunakan wang simpanannya untuk membeli apa sahaja barangan yang dimahukan oleh kedua ibu bapanya.

6. Lee Joon

Walaupun sudah meraih populariti dalam bidang seni, Lee Joon tidak menggunakan wang itu untuk berfoya-foya. Sebaliknya, dia membayar kesemua hutang yang dicipta oleh kedua ibu bapanya.

Selesai melunaskan hutang orang tua, dia membelikan pula sebuah rumah untuk mereka.

7. Jo Kwon

Jo Kwon berkata selepas perniagaan keluarganya merudum dan bankrap, mereka terpaksa berpindah ke rumah yang begitu sempit.

Setelah muncul dengan lagu pertama, ahli kumpulan 2AM ini meminta pengurusnya menerima apa sahaja tawaran nyanyian kerana mahu mengumpul duit untuk keluarga.

Ada sumber memberitahu, Jo Kwon memberi ibunya wang hasil pendapatan pertamanya sebagai artis.

Kini, dia sudah mampu membelikan sebuah rumah untuk ibunya.

SUMBER: Liputan6

Klik

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain