suria

Terseksa! Kim Kardashian terpaksa berdiri dan ubah suai kenderaan ke Met Gala

Kim Kardashian mendedahkan terpaksa berdiri sepanjang acara Met Gala gara-gara gaun getah rekaan Thierry Mugler.

KEHADIRAN Kim Kardashian pada Met Gala di New York baru-baru ini membuatkan orang ramai terpukau melihat busana yang digayanya ketika menghadiri acara hiburan itu.

Ia gara-gara gaun getah rekaan Thierry Mugler yang memperlihatkan pinggang Kim seperti 'kerengga' kerana terlalu kecil.

Bagaimanapun, tidak ramai yang mengetahui bintang sensasi itu sebenarnya menderita saat menyarungkan busana itu di tubuhnya.

Kim menerusi wawancara bersama majalah vogue mendedahkan terpaksa memakai pakaian dalam (korset) yang direka khas bagi membolehkan dia menyarung gaun ketat itu.

Kenderaan yang dinaiki Kim untuk ke Met Gala terpaksa diubah suai bagi membolehkan dia berpaut pada tiang besi.

Perkara itu menyebabkan dia tidak boleh duduk dan terpaksa bersandar pada sebuah van sebelum membuat kemunculan pada acara karpet merah.

Selain itu, Kim memberitahu dia juga terpaksa menjalani latihan bernafas beberapa hari sebelum menghadiri malam Met Gala berkenaan.

Selain itu, bintang sensasi berusia 38 tahun itu juga perlu menurunkan berat badan dalam masa singkat sehingga terpaksa berdiet.

Kim juga mendedahkan kereta yang dinaikinya untuk ke Met Gala turut diubah suai dengan meletakkan tiang besi untuk membolehkan dia berpaut ketika kenderaan itu bergerak. - dailymail

Kim Kardashian, gaun getah, Met Gala

Artikel Lain