suria

Shah Rukh Khan dedah teknik mengurat, bohong Gauri

Shah Rukh Khan mendedahkan terpaksa berbohong kepada Gauri untuk menawan hati isterinya itu.

RAJA Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK) mendedahkan pernah membohongi isterinya iaitu Gauri Khan yang ketika itu merupakan kekasihnya.

Menurut laporan pinkvilla, dia melakukan tindakan itu demi menawan hati Gauri yang merupakan anak orang kaya di India.

Selain itu, SRK berkata dia terpaksa berjanji kepada Gauri untuk membawa isterinya itu berbulan madu ke Paris untuk melihat Eiffel Tower.

Sedangkan waktu itu dia sebenarnya tidak mempunyai duit pun.

Kisah cinta itu dikongsikan SRK menerusi satu wawacara ketika menghadiri sebuah rancangan televisyen di India pada Rabu.

Usaha SRK itu nampaknya membuahkan hasil apabila cinta mereka mula berputik dan Gauri menerima lamarannya.

Pasangan bahagia ini telah mendirikan rumah tangga pada tahun 1991 ketika masing-masing berusia 16 tahun. - pinkvilla


Shah Rukh khan, Gauri Khan

Artikel Lain