suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Permintaan wajah seperti Jennie Blackpink, Yoona dan Irene Red Velvet paling tinggi - Doktor

SEORANG pakar pembedahan plastik Korea Selatan, iaitu Dr Kim Jong Myung berkata bahawa terdapat trend kecantikan terbaharu yang menjadi pilihan orang ramai yang ingin mengubah wajah mereka.

Menerusi program Video Star MBC, Kim Jong Myung yang juga abang kepada penyanyi Kim Jong-kook mendedahkan terdapat beberapa selebriti wanita yang menjadi wajah paling kerap ditiru.

Tiga selebriti tersebut terdiri daripada Irene (Red Velvet), Yoona (Girls Generations) dan Jennie (Blackpink) merupakan paling banyak ditiru dan dimahukan wanita-wanita negara itu.

"Mereka akan berkata kepada saya 'tolong beri saya rupa begini'dan menunjukkan wajah selebriti yang mereka mahukan," ujar Kim.

Mereka idamkan keindahan wajah Irene yang dilihat paling ideal dan sharp feature. Kecantikan tradisional Yoona dan warna mata yang unik seperti Jennie.

Blackpink, Jennie, Yoona, Irene