Rakaman kamera ‘dashboard’ bercanggah kenyataan suami tentang kematian artis Korea - Bintang Global | mStar

Rakaman kamera ‘dashboard’ bercanggah kenyataan suami tentang kematian artis Korea

Kematian Han Ji-Seong menjadi tenda tanya selepas rakaman dashboard sebuah kereta menunjukkan keterangan suaminya bercanggah dengan kejadian sebenar.

KEMALANGAN tragik yang meragut nyawa pelakon televisyen Korea, Han Ji-Seong menimbulkan tanda tanya apabila rakaman dashboard sebuah kereta menunjukkan kejadian sebenar yang terjadi sebelum kemalangan terbabit bercanggah dengan keterangan diberikan suaminya sebelum ini.

Menerusi laporan Asia News Network, suami pelakon itu mendakwa Han memberhentikan kereta dipandu di tengah-tengah lebuhraya berdekatan lapangan terbang antarabangsa Incheon selepas suaminya mahu ke tandas.

Pelakon berusia 28 tahun itu juga dikatakan telah keluar dan berada di belakang kereta Mercedes miliknya sebelum dirempuh sebuah teksi dan kenderaan utiliti sukan (SUV).

Terdahulu, suaminya memberitahu dia keliru dengan tindakan Han yang memberhentikan keretanya di tengah-tengah laluan lebuhraya sibuk selepas memberitahu mahu ke tandas.

Menerusi laporan media sebelum ini, suaminya mendakwa dia tiada di lokasi ketika kejadian berlaku dan hanya mengetahuinya selepas pulang dari tandas.

Bagaimanapun, menerusi rakaman kejadian menunjukkan sebaliknya apabila kemalangan dilihat berlaku hanya 10 saat selepas dia menyeberangi lebuhraya berkenaan.

Sebelum ini, pelbagai spekulasi timbul mendakwa Han berkemungkinan berada di bawah pengaruh dadah gara-gara tindakannya memberhentikan kenderaan di tengah-tengah lebuhraya berkenaan.

Untuk rekod, pasangan itu baharu sahaja mendirikan rumah tangga dua bulan lalu.

Han Ji-Seong , kemalangan

Artikel Lain