suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jennie (BLACKPINK) bangga digelar G-Dragon versi wanita

Jennie mempunyai wajah mirip G-Dragon dan cita rasa fesyen yang sama.

ANGGOTA kumpulan BLACKPINK iaitu Jennie dikatakan memiliki wajah mirip penyanyi BIGBANG iaitu G-Dragon.

Selain itu, Jennie juga mempunyai cita rasa fesyen yang tinggi seperti penyanyi lelaki itu.

Menerusi temu bual program Night of TV Entertainment baru-baru ini, Jennie berasa satu penghormatan apabila hos program itu memanggilnya G-Dragon versi wanita.

"Saya tertarik dengan fesyen sejak kecil lagi. Saya banyak baca majalah fesyen dan mencuba pelbagai gaya berbeza.

"Apabila saya suka dengan apa yang saya pakai, ia membuatkan orang lain pun menyukainya," katanya.

Pada sesi temu bual yang turut dihadiri anggota BLACKPINK lain, mereka berkongsi mengenai perkembangan terbaru.

Mereka teruja menjayakan rangka promosi lagu baru dan sangat merindui kesibukan bekerja.

Jennie, G-Dragon

Artikel Lain