suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

SHiNee cipta lagu istimewa untuk Jonghyun

SHiNee tulis lirik lagu terbaharu mereka bagi mengenangkan mendiang Jonghyun yang meninggal dunia tahun lalu.

KUMPULAN K-pop, SHiNee telah melancarkan muzik video mereka yang ketiga berjudul Our Page pada Isnin.

Lagu tersebut sangat istimewa kerana mereka berempat yang menulis lirik berdasarkan kenangan bersama mendiang Jonghyun.

Our Page merupakan lagu utama yang dilancarkan oleh SHINee bersama mini album yang bertajuk The Story of Light EP.3.

Lagu itu juga menjadi single pertama SHINee selepas Jonghyun meninggal dunia pada 18 Disember tahun lalu.

Selain lagu itu, antara lagu lain yang turut disertakan dalam album terbabit ialah Tonight, Retro, I Say dan Lock You Down.

SHiNee

Artikel Lain