suria

Gong Yoo sedia bintangi ‘Goblin’ musim kedua

Gong Yoo berbesar hati untuk berlakon dalam Goblin sekiranya pihak produksi merancang untuk menerbitkan musim terbaharu drama bersiri popular itu.

PELAKON Gong Yoo memberitahu dia bersedia untuk membintangi drama bersiri Goblin musim kedua sekiranya diberi peluang.

Gong Yoo berkata, tiada sebab untuk dia menolak tawaran berlakon dalam drama popular itu malah menganggap ia peluang keemasan memandangkan ia menjadi kegemaran penonton.

"Tiada sebab kenapa saya perlu menolak sekiranya pihak produksi ingin membuat musim baru Goblin," katanya.

Bagaimanapun kata Gong Yoo, buat masa ini tiada perancangan mengenai musim terbaharu drama bersiri itu.

Goblin yang turut menampilkan barisan pelakon seperti Kim Min-Jae, Park Hee-Von dan Lee Dong Wook itu mendapat rating sebanyak 18.68 peratus di Korea Selatan sepanjang ia ditayangkan.

Ia adalah rating kedua tertinggi dalam sejarah televisyen di Korea dibelakang drama bersiri Reply 1988.

Gong Yoo, Goblin

Artikel Lain