suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cinta lokasi satukan pelakon ‘Game of Thrones’

Pasangan pelakon Kit Harington dan Rose Leslie melangsungkan pernikahan pada Sabtu lalu.

TERJERAT dengan cinta lokasi ketika berlakon dalam filem Game of Thrones, Kit Harington dan Rose Leslie akhirnya secara rasmi berkahwin pada Sabtu lalu.

Pasangan itu melangsungkan upacara pernikahan di sebuah gereja di Aberdeen, Scotland.

Seperti dipetik The Guardian, pasangan yang bertunang pada tahun lalu ini mengundang 200 tetamu bagi menyaksikan penyatuan mereka sebagai suami-isteri.

Selain itu, barisan pelakon Game of Thrones  turut hadir bagi meraikan pasangan selebriti tersebut.

Kit dan Leslie berkahwin di Scotland.

Antara yang kelihatan ialah Sophie Turner, Emilia Clarke, Maisie Williams dan Peter Dinklage.

Leslie anggun mengayakan gaun putih dengan hiasan bunga dan veil di kepalanya.

Ayah kepada pengantin perempuan Sebastian Lesline bersyukur majlis yang dirancang itu berjalan lancar.

Pasangan yang kedua-duanya berusia 31 tahun itu bercinta dua tahun lalu dan memutuskan untuk berkahwin.

Game Of Throne, Rose Leslie

Artikel Lain