suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Konsert BTS di London selama dua hari!

BTS bakal mengadakan konsert jelajah dunia bermula Ogos depan.

KUMPULAN kpop terkenal BTS diberi penghormatan untuk mengadakan konsert di dewan berprestij di London iaitu O2 Arena pada Oktober depan.

Koreaboo melaporkan berikutan permintaan tinggi daripada peminat, konsert jelajah dunia BTS itu akan diadakan selama dua hari di lokasi sama iaitu pada 9 dan 10 Oktober.

Konsert itu bakal memperlihatkan BTS akan membuat persembahan buat pertama kali di London.

Antara penyanyi terkenal yang pernah mengadakan konsert di O2 Arena adalah Adele, U2, Britney Spears, Mariah Carey, Coldplay dan ramai lagi.

Ia boleh memuatkan 20,000 penonton pada satu masa.

Sementara itu, BTS juga akan mengadakan konsert di tiga lagi negara Eropah iaitu Amsterdam, Paris dan Jerman.

Mereka juga akan mengadakan konsert jejalah di Amerika Syarikat termasuk di Los Angeles, Oakland, Texas, New Jersey, Chicago dan Ontario.

Konsert jelajah itu akan bermula Ogos ini di negara kelahiran mereka, Seoul, Korea Selatan.

BTS bakal melancarkan album ketiga mereka, Love Yourself: Tear pada 18 Mei ini dan ia dijangka akan mendapat sambutan hangat daripada peminat di seluruh dunia.

BTS, London

Artikel Lain