suria

Jung Hae In dikecam tak hormat pelakon senior

Jung Hae In (kiri) bersama Son Ye Jin ketika menghadiri Baeksang Arts Awards.

AKTOR Jung Hae In dikecam sebagai tidak sopan apabila berdiri di tengah antara pemenang-pemanang utama anugerah Baeksang Arts Awards yang diadakan di pada malam Khamis.

Pada majlis penghargaan insan seni perfileman dan televisyen itu, Jung Hae In hanya berjaya membawa pulang trofi Star Century Popularity hasil undian peminat.

Menerusi foto yang dirakam, posisi Jung Hae In yang berada di tengah pada barisan hadapan itu seharusnya untuk pemenang utama iaitu aktor Kim Yoon Seok yang meraih gelaran Pelakon Terbaik dalam filem.

Jung Hae In berdiri ditengah antara pemenang utama anugerah itu yang kebanyakannya pelakon senior.

Foto pemenang Baeksung tahun ini mendapat kritikan dari segelintir pihak yang menganggap aktor itu enggan memberi posisinya kepada yang lebih layak.

Sementara itu, penganjur memberitahu Jung Hae In berada di posisi itu selepas mendapat arahan daripada kakitangan mereka.

"Jung Hae In hanya mengambil foto seperti yang diarahkan oleh kakitangannya. Malangnya, ini telah menjadi kontroversi dengan footage yang diedit secara negatif."

Artikel Lain