suria

BTS jumpa Ellen DeGeneres buat kali kedua

BTS kali pertama muncul dalam program The Ellen DeGeneres Show pada November tahun lalu.

KUMPULAN terkenal BTS bakal membuat kemunculan kali kedua menerusi program popular Amerika Syarikat, The Ellen DeGeneres Show.

Koreaboo melaporkan ia adalah kunjungan kali kedua BTS hanya dalam masa enam bulan dan mereka kali pertama muncul dalam program itu pada November tahun lalu.

Kemunculan kumpulan itu sebagai meraikan 'May Sweeps Month' program itu yang turut menampilkan pemuzik terkenal lain seperti Justin Timberlake, Nsync dan Maroon 5.

BTS juga bakal mengadakan persembahan di Billboard Music Awards pada 20 Mei.

Syarikat yang mewakili BTS iaitu Big Hit Entertainment dan penerbit eksekutif program bual bicara itu turut mengesahkan kehadiran kumpulan berkenaan.

BTS dijangka membuat kemunculan pada 25 Mei ini selain bakal mempersembahkan single terbaharu mereka Fake Love dari album Love Yourself: Tear.

Sementara itu, sebelum muncul dalam The Ellen DeGeneres Show, BTS akan membuat persembahan di Billboard Music Awards yang berlangsung pada 20 Mei ini.

BTS, The Ellen DeGeners Show

Artikel Sebelum

Artikel Lain