suria

Kanye West buang lemak, ketagih ubat tahan sakit

Kanye West mengalami masalah berat badan berlebihan sehingga menyebabkan dia mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan sedut lemak.

PENYANYI rap Kanye West membuat pendedahan mengejut apabila memberitahu dia ketagih terhadap pil tahan sakit dikenali sebagai opioids selepas melakukan pembedahan sedut lemak.

Kanye yang bercakap secara eksklusif kepadaTMZ memberitahu dia mengambil keputusan melakukan pembedahan itu kerana tidak mahu dipanggil gemuk seperti mana terjadi kepada adik iparnya, Rob Kardashian yang mengalami masalah berat badan melampau.

"Saya buat pembedahan itu kerana anda! Saya tidak mahu anda panggil saya gemuk seperti mana terjadi kepada Rob sehingga dia melarikan diri sebelum hari perkahwinan saya dan Kim.

Kanye takut dia dipanggil gemuk seperti mana dialami oleh adik iparnya, Rob Kardashian.

"Sebab itu saya mahu dibedah dan sejak itu saya diberi ubat tahan sakit yang saya ambil dua biji sehari dan saya kini ketagih terhadapnya," dedahnya.

Pada 2007, ibu Kanye meninggal dunia selepas mengalami komplikasi ketika melakukan pembedahan plastik termasuk sedut lemak.

Dedah suami Kim Kardashian itu lagi, dia mula tersedar tentang bahaya pengambilan ubat tersebut selepas ditegur oleh seseorang yang memberitahu ubat itu boleh membunuhnya.

Bagaimanapun kata Kanye, penyesalannya itu sudah terlambat apabila ketika dia mendapatkan rawatan doktor memberinya lebih banyak ubat berikutan kesan pengambilan ubat tahan sakit itu.

Kanye bersama isterinya, Kim Kardashian.

"Saya dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan bagaimanapun dari dua biji ubat yang perlu saya makan sekarang sudah menjadi tujuh.

Sementara itu, Kanye turut mengakui keputusannya berhenti daripad menggunakan laman sosial kerana masalah kesihatan dialaminya.

Pada November 2016, Kanye mengejutkan peminat apabila membatalkan konsert jelajahnya selepas dia dimasukkan ke hospital.

Kanye West

Artikel Lain