suria

Kylie Jenner sewa taman hiburan rai ulang tahun kekasih

BINTANG realiti iaitu Kylie Jenner menyewa sebuah taman hiburan bagi meraikan ulang tahun kekasihnya, penyanyi rap Travis Scott.

Kylie memuat naik beberapa keping foto sekitar kemeriahan majlis ulang tahun ke 26 kekasihnya itu.

Antara yang hadir pada majlis tersebut ialah Kendall Jenner, Kim Kardashian, Kourtney Kardashian, Kanye West dan rakan baik Jordyn Woods.

Sementara itu kakaknya ratu media sosial iaitu Kim Kardashian turut memuat naik video semasa keadaan pesta ulang tahun Travis itu.

Kim turut merakam aksi Kylie dan Travis menaiki salah satu permainan popular di taman itu.

Malah, suaminya Kenya West turut hadir dan gembira menaiki pelbagai permainan aksi di taman tersebut.

Ini bukan lain pertama keluarga Kim menyewa taman hiburan Six Flags itu. Sebelum ini pada tahun 2013 mereka menyambut ulang tahun ke 18 Kendall Jenner di lokasi sama.

Kylie Jenner

Artikel Lain