suria

Disunting sehingga wajah berbeza, Gigi Hadid mohon maaf

MODEL antarabangsa Gigi Hadid membuat permohonan maaf apabila penampilannya pada majalah popular Vogue versi Itali edisi bulan Mac dikatakan terlalu berbeza dengan wajah sebenar.

Gigi yang dikecam apabila tampil dengan warna kulit gelap memberitahu fotografi yang dilakukan untuk majalah itu di luar bidang kuasanya.

"Ini adalah foto di sebalik sesi fotografi untuk majalah itu. Anda boleh lihat berapa gelapnya kulitku hari itu.

"Saya mohon anda faham, semua yang berlaku luar bidang kuasa saya. Pertama, saya tiada hak untuk menolak arahan jurufoto.

"Keduanya, selepas sesi fotografi itu saya tiada hak untuk melihat apa yang dilakukan terhadap gambar itu, semua foto di luar kawalan saya," tulisnya.

Bekas kekasih Zayn Malik mengulas tuduhan netizen terhadap foto berkenaan yang disunting berlebih-lebihan sehingga menjadikan dirinya seperti orang lain.

Kakak kepada Bella Hadid ini turut meminta maaf kepada netizen dan berharap perkara itu menjadi pengajaran kepada majalah berkenaan.

"Bagaimanapun juga, saya ingin minta maaf kerana saya sama sekali tak berniat untuk mengabaikan hal itu. Saya berharap agar hal ini menjadi pengajaran juga kepada majalah tersebut," ujarnya.

Gigi Hadid

Artikel Lain