suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Amy Schumer derita jangkitan buah pinggang

Amy Schumer mendedahkan dia mengalami jangkitan buah pinggang.

PELAKON Amy Schumer dimasukkan ke hospital selama lima hari selepas mengalami masalah jangkitan pada buah pinggangnya.

Amy, 36, mendedahkan perkara itu menerusi Instagramnya selain memuat naik gambarnya ketika berada di hospital, seperti dilaporkan Page Six.

"Ini yang berlaku kepada saya selama seminggu ini. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada doktor dan jururawat yang menjaga saya.

"Tidak dilupakan suami dan keluarga yang sentiasa berada di sisi saya sepanjang di hospital," katanya.

Sebelum ini, Amy membatalkan kunjungan ke London bagi mempromosikan filem terbaharunya namun ketika itu dia tidak mendedahkan alasan dia berbuat demikian.

Amy Schumer

Artikel Lain