suria

ABBA kembali 'berdisko' selepas 35 tahun

ABBA kembali bergabung sebagai sebuah kumpulan selepas 35 tahun.

"MAMMA Mia! Here we go again!"

Kumpulan terkenal ABBA mengumumkan mereka bakal kembali bergabung selepas 35 tahun membawa haluan masing-masing untuk merakamkan dua buah lagu.

Billboard melaporkan ABBA kembali bersatu demi merialisasikan impian peminat mereka yang sentiasa menantikan kemunculan semula mereka sebagai sebuah kumpulan.

"Selepas 35 tahun kami merasakan sudah tiba masanya untuk kami kembali!," kata kumpulan itu dalam satu kenyataan.

ABBA sudah pun merakamkan dua buah lagu iaitu I Still Have Faith in You dan Don't Shut Me Down.

Kumpulan yang mengetengahkan muzik disko itu berpecah pada 1982 selepas popular dengan lagu seperti Waterloo, Dancing Queen, Mamma Mia dan Super Trouper.

ABBA, Mamma Mia

Artikel Lain