suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cinta Hyung Seung dan bekas atlet berakhir

Percintaan di antara Hyung Seung dan Shin Soo Ji berakhir selepas tujuh bulan bercinta.

BINTANG Kpop iaitu Hyung Seung dan bekas atlet Shin Soo Ji mengambil keputusan untuk berpisah selepas tujuh bulan menjalinkan hubungan cinta.

Koreaboo melaporkan punca perpisahan pasangan itu disebabkan batasan masa sehingga menyebabkan hubungan mereka renggang.

"Shin Soo Ji dan Hyung Seung sudah berpisah selepas kedua-dua mereka bersetuju untuk memberi fokus kepada kerja mereka dan lebih sesuai sebagai rakan.

"Bagaimanapun kami tidak dapat mengesahkan bila sebenarnya mereka berpisah," kata waki syarikat pengurusan mereka baru-baru ini.

Januari lalu, berita mengenai percintaan pasangan ini heboh diperkatakan sebelum kedua-dua mereka mengakui sedang menjalinkan hubungan.

Dalam pada itu, ramai terkejut dengan berita perpisahan mereka berikutan Soo Ji muncul dalam program Radio Star awal bulan ini dan bercakap mengenai hubungan romantisnya dengan Hyung Seung.

Hyung Seung, Shin Soo Ji

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain