suria

Bruno Mars lempar tuala ke arah model terkenal Jepun

PENYANYI terkenal Bruno Mars dilaporkan melempar sehelai tuala ke arah model terkenal Jepun iaitu Moeka Nozaki ketika mengadakan konsert di Saitama Super Arena, Tokyo baru-baru ini.

Bruno didakwa berang dengan tindakan Moeka yang duduk di kawasan VIP menggunakan telefon untuk merakam swafoto ketika dia sedang membuat persembahan.

Sebelum melemparkan tuala berkenaan, Bruno beberapa kali meminta Moeka berhenti daripada bermain dengan telefon namun permintaan itu tidak diendahkan.

Bruno melempar tuala ke arah model terkenal Jepun, Moeka Nozaki.

Memahami kebanyakan masyarakat Jepun tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, Bruno turut menggunakan bahasa tubuh bagi meminta Moeka berhenti daripada terus leka dengan telefonnya.

Malah Moeka tersalah sangka tindakan Bruno melempar tuala tersebut sebagai hadiah kepadanya selain turut memuat naik video dan gambar dia mendapat tuala itu di Instagram.

Dalam pada itu, Bruno menjelaskan dia bertindak membaling tuala itu kerana terganggu dengan sikap model itu yang tidak menghormati penonton lain.

Bruno Mars

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain