suria

Cedera buku lali, Son Naeun perlu rehat secukupnya

Son Naeun perlu berehat sebelum membuat kemunculan semula.

AHLI kumpulan Apink, Son Naeun masih memerlukan rehat secukupnya selepas mengalami kecederaan di buku lalinya pada awal tahun ini.

Menurut laporan Soompi, pihak syarikat agensinya, Plan A Entertainment memberitahu Son Naeun tidak akan membuat sebarang persembahan buat masa kini.

"Son Naeun masih dalam kesakitan selepas cedera di buku lali, jadi dia perlu memberi perhatian untuk sembuh.

"Dia masih menjalani kehidupan macam biasa. Anda tidak perlu bimbang. Namun dia akan berehat secukupnya.

"Son Naeun tidak akan terlibat dalam mana-mana aktiviti seni buat masa sekarang," kata wakil agensi.

Namun Son Naeun akan hadir pada majlis Apink bertemu peminat pada hari ini namun tidak akan membuat persembahan bersama ahli kumpulannya.

Son Naeun

Artikel Lain