suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mariah Carey nafi lakukan gangguan seksual terhadap bekas pengurus

Mariah Carey bakal disaman oleh bekas pengurusnya, Stella (kanan).

BEKAS pengurus Mariah Carey iaitu Stella Bulochnikov mendakwa penyanyi terkenal itu melakukan gangguan seksual terhadapnya.

Stella tampil membuat dakwaan itu selepas beberapa hari Mariah, 48, membuat pendedahan dia menderita gangguan mental iaitu bipolar secara eksklusif kepada majalah People.

E Online melaporkan Stella itu mendakwa, Mariah, 48, sering berbogel dan melakukan aksi tidak senonoh dihadapannya sepanjang dia bekerja dengan penyanyi itu.

Dakwaan itu dibuat Stella selepas dia mengugut untuk memfailkan saman terhadap Mariah yang antara lain mendakwa dia dipecat tanpa sebarang alasan kukuh selain pelanggaran kontrak.

Stella turut mengugut sekiranya Mariah tidak membayarnya wang yang diminta dia akan mendedahkan lebih banyak perkara buruk mengenainya.

Bagaimanapun, wakil pengurusan Mariah menyangkal sekeras-kerasanya dakwaan tersebut dan menganggap tuduhan itu sebagai tidak masuk akal.

Malah pihak peguam Mariah bersedia untuk melawan kes yang difailkan Stella yang bermotifkan wang.

"Mariah tidak pernah melakukan perkara-perkara tersebut seperti yang didakwa oleh Stella.

"Ini kerana Mariah selalu memakai pakaiannya dan tidak pernah telanjang di hadapannya.

"Mereka sebelum ini adalah teman rapat dan tidak sangka hubungan mereka boleh berakhir dengan cara begini. Ia amat menyedihkan," kata wakil Mariah.

Mariah Carey

Artikel Lain