suria

Peminat berang imej seluar singkat MOMOLAND

Imej kumpulan MOMOLAND mengundang kemarahan peminat.

PEMINAT melahirkan rasa tidak puas hati dengan imej kumpulan MOMOLAND yang terkenal dengan pakaian ketat dan seluar pendek sehingga ia menampakkan sebahagian punggung mereka.

Koreaboo melaporkan peminat meminta kumpulan itu menukar imej atau sekurang-kurannya memakai seluar yang lebih panjang agar kelihatan lebih sopan dan tidak menjolok mata terutamanya di hadapan peminat cilik.

Kemarahan mereka bukan sahaja terhadap MOMOLAND malah diluahkan kepada syarikat pengurusan yang didakwa memanipulasi kumpulan itu bagi menarik perhatian peminat.

"Adakah mereka hanya memakai seluar dalam ketika membuat persembahan? Ia sangat memalukan terutamanya ada peminat kecil yang meminati mereka.

"Pihak pengurusan juga jangan cuba menggunakan mereka dengan memaksa MOMOLAND memakai pakaian seksi dan mengaut keuntungan daripadanya," kata peminat.

Dalam pada itu, ramai menjangkakan MOMOLAND tidak akan bertahan lama sekiranya berterusan menggunakan imej seksi sebagai pelaris.

"Percayalah jangka hayat mereka tidak akan lama. Peminat sudah tidak percaya dengan strategi menjual imej seksi kerana bakat adalah paling penting," kata netizen lagi.

MOMOLAND

Artikel Lain