suria

Soyu Nafi Larangan Pembedahan Plastik Dalam Kontrak 'Sistar'

BEKAS ahli kumpulan Sistar iaitu Soyu menjawab beberapa persoalan dan luahan peminatnya selepas diberi peluang menjadi penyampai Unnies Radio.

Dia yang menggantikan DJ Song Eun Yi menjawab luahan seorang ibu yang bimbang tentang anaknya kerana obses untuk melakukan pembedahan plastik membesarkan mata.

"Ayahnya perlu beritahu kepada anak bahawa mempunyai wajah yang unik juga cantik," ujarnya.

Kumpulan Sistar kini berpecah dan semua ahli kini sibuk dengan kerjaya solo.

Sementara itu, dia turut ditanya sama ada terdapat larangan pembedahan plastik daripada agensi pengurusannya ketika bersama Sistar.

Soyu berkata, agensi Starship Entertainment tidak pernah meletakkan syarat tersebut, namun tidak menggalakkan artis di bawah naungannya melakukan perkara itu.

"Tidak ada dalam kontrak kami tentang larangan itu, tapi mereka memang tidak suka jika kami melakukan pembedahan," ujarnya.

Tambahnya, dia dan ahli Sistar lain tidak pernah melakukan pembedahan plastik dan selesa dengan wajah asli mereka.

Sistar

Artikel Lain