suria

Pintu Kaca Pecah Dirempuh Peminat Wanna One

Kehadiran Wanna One di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Korea Selatan menyebabkan kekecohan dalam kalangan peminat.

LAPANGAN terbang Antarabangsa Incheon di Korea Selatan bertukar kecoh apabila salah satu pintu kaca di balai pelepasan pecah gara-gara dirempuh oleh peminat kumpulan popular Wanna One.

Koreaboo melaporkan kejadian itu berlaku apabila peminat yang menunggu di luar lapangan terbang teruja untuk melihat bintang kesayangan mereka dengan lebih dekat dan berpusu-pusu masuk sehingga terlanggar pintu tersebut.

Akibat kejadian itu, keadaan menjadi tidak terkawal dan menggangu kelancaran aktiviti di lapangan terbang itu yang sesak dengan orang ramai.

Video mengenai kejadian itu juga turut tular di laman sosial dan netizen mengkritik sikap peminat Wanna One yang terlalu obses sehingga sanggup merosakkan harta benda awam.

Bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan ekoran kejadian itu.

Peminat berkumpul di lapangan terbang itu bagi mengucapkan selamat tinggal kepada Wanna One yang terbang ke Chile untuk program KBS Music Bank.

Wanna One