suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiada Cinta Di Antara Jeon So Min & Lee Kwang Soo

Jeon So Min menyangkal dakwaan dia sedang bercinta dengan Lee Kwang Soo.

PELAKON Jeon So Min menyangkal dakwaan dia menjalinkan hubungan cinta dengan rakan seperjuangannya dalam program Running Man, Lee Kwang Soo.

So Min menjelaskan hubungan mereka sekadar sahabat baik dan gosip mengatakan mereka bercinta adalah gosip dan ia diperbesar-besarkan.

"Gosip ini berlaku apabila Kwang Soo memuat naik gambar kami memakai gelang tangan yang sama di laman sosialnya wahal ia bukanlah ada apa-apa pun.

"Kebetulan kami berkongsi juru gaya yang sama dan gelang itu diberikan olehnya dan terus orang mengatakan kami bercinta.

"Dia adalah rakan baik saya dan saya menghormatinya seperti abang saya sendiri," katanya seperti dilaporkan Allkpop.

Dalam pada itu, So Min berkata, sekiranya dia bercinta selepas ini dia tidak akan melakukannya secara terbuka kerana belajar daripada kesilapan lalu.

"Tidak. Percintaan akan jadi sesuatu yang sangat privasi buat saya dan tidak akan sesekali mendedahkannya secara terbuka," katanya.

Jeon So Min, Lee Kwang Soo

Artikel Lain