suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jay Z & Beyonce Pertahan Rumah Tangga Demi Anak

RUMAH TANGGA pasangan selebriti Jay Z dan Beyonce sebelum ini dilaporkan berantakan kini dikatakan kembali pulih.

Masalah yang dihadapi oleh pasangan itu pernah diceritakan secara jujur dalam album kedua-dua mereka iaitu Lemonade dan 4:44.

Bagaimanapun, baru-baru ini, Jay Z berkata, dia tidak akan menyerah dan terus berusaha mempertahankan rumah tangga itu.

"Kuncinya adalah memiliki alat untuk berjalan ke hadapan. Kami bukan pasangan selebriti tapi kami hanyalah pasangan yang kebetulan selebriti.

"Kami juga seperti orang kebanyakan," ujar Jay Z seperti dipetik CNN.

Usaha memperbaiki hubungan itu dilakukan demi cahaya mata mereka Blue Ivy dan anak kembar Sir dan Rumi.

"Demi anak kami memilih untuk mempertahankan cinta untuk keluarga kami," katanya.

Jay Z, Beyonce

Artikel Lain