suria

'Vanity Fair' Padam Wajah James Franco

Nama James Franco panas apabila dia dituduh melakukan gangguan seksual terhadap beberapa wanita.

WAJAH pelakon James Franco dipadam daripada menghiasa muka depan majalah Vanity Fair yang menggandingkannya dengan beberapa selebriti terkenal Hollywood seperti Reese Witherspoon, Oprah Winfrey, Nicole Kidman dan Zendaya.

E! melaporkan Vanity Fair mengambil keputusan itu selepas mengambil kira kesan terhadap tuduhan gangguan seksual yang dilemparkan terhadap aktor berusia 39 tahun itu baru-baru ini.

James sepatutnya muncul sebagai penghias muka depan majalah itu bagi edisi khas iaitu 12 Extraordinary Stars, One Momentous Year.

Isu khas Vanity Fair yang menampilkan 12 selebriti berpengaruh Hollywood.

"Kami mengambil keputusan untuk tidak menggunakan gambar James pada muka hadapan itu selepas beberapa tuduhan kesalahan seksual terhadapnya," kata wakil majalah Vanity Fair.

Terdahulu, beberapa wanita tampil menuduh James melakukan gangguan seksual selepas dia menerima trofi Pelakon Lelaki Terbaik, Anugerah Golden Globe baru-baru ini.

James Franco, Vanity Fair

Artikel Lain