suria

Perancang Antarabangsa Dalam Majlis Taeyang, Min Hyo Rin

Taeyang dan Min Hyo Rin bakal berkahwin awal bulan Februari.

PASANGAN selebriti K-pop, Taeyang dan Min Hyo Rin bakal mengadakan sebuah majlis selepas berlangsung perkahwinan mereka pada 3 Februari depan.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Hotel Paradise City selepas mendapat kebenaran agensi pengurusan kedua-dua pihak, konsep acara tersebut direka oleh perancang majlis antarabangsa.

"Konsep untuk majlis itu nanti akan direka oleh perancang majlis antarabangsa, Youngsong Markin yang pernah reka perkahwinan dalam filem Twilight.

"Youngsong Martin berkawan baik dengan Taeynag dan Min Hyo Rin dan dia mahu terlibat dalam majlis itu sebagai hadiah perkahwinan," kata wakil hotel.

Pasangan itu akan melangsungkan perkahwinan yang dihadiri keluarga, rakan terdekat dan rakan selebriti sahaja.

Taeyang, Min Hyo Rin

Artikel Lain