Kim Min Suk Sangkal Kekasih Lee Joo Bin - Bintang Global | mStar

Kim Min Suk Sangkal Kekasih Lee Joo Bin

PELAKON Kim Min Suk menyangkal dakwaan kononnya dia kini sedang hangat menjalinkan hubungan cinta dengan aktres Lee Joo Bin.

Allkpop melaporkan kedua-dua selebriti popular itu menjadi tumpuan peminat selepas mereka dikatakan bercuti bersama di Jepun baru-baru ini.

Ekoran itu, timbul spekulasi mengatakan mereka kini sedang hangat bercinta.

Syarikat pengurusan Min Suk dalam satu kenyataan memberitahu artis mereka bercuti ke Jepun bersama rakan-rakannya dan bukannya dengan Joo Bin.

Bagaimanapun mereka tidak menafikan kedua-dua pelakon itu mempunyai hubungan rapat namun bukannya pasangan kekasih.

"Mereka berdua berada di Jepun hanya kebetulan. Min Suk ke sana bersama rakan-rakannya," kata kenyataan itu.

Manakala pihak pengurusan Joo Bin ketika ditanya mengenai perkara itu memberitahu mereka tidak dapat mencampuri urusan pelakon itu.

Ini kerana pemergian Joo Bin ke Jepun adalah atas dasar peribadi dan pihak pengurusan tidak dapat memberi sebarang komen.

Kim Min Suk , Lee Joo Bin

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Miss A Umum Berpecah

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain

Nasharudin Mat Isa akan didakwa Selasa