suria

Nelly Sangkal Dakwaan Merogol

PENYANYI rap Nelly tampil menafikan dakwaan merogol yang dibuat oleh seorang wanita ke atasnya sejurus dia dibebaskan daripada siasatan pada Sabtu lalu.

Melalui laman twitter, Nelly atau Cornell Haynes, Jr. membuat penjelasan kepada pengikutnya mengenai kejadian itu dan memberitahu terkejut dengan dakwaan tersebut selain menyangkal melakukan perbuatan terkutuk itu.

"Saya yakin setelah bukti disemak, ia akan menunjukkan kebenaran bahawa saya tidak bersalah," ujarnya.

Dia turut membuat permohonan maaf kepada insan-insan yang disayanginya kerana terpalit dengan fitnah itu.

Nelly sebelum itu ditahan di Jabatan Polis Auburn, Washington bagi membantu siasatan.

Menurut laporan E! Online, dia didakwa atas tuduhan merogol kelas kedua setelah seorang wanita membuat laporan polis baru-baru ini.

Wanita itu mendakwa dirinya dirogol dalam bas jelajah Nelly ketika penyanyi rap itu membuat persembahan di White River Amphitheater.

Dia yang ditahan bagaimanapun dibebaskan tanpa sebarang pertuduhan.

Peguam Nelly dalam kenyataannya berkata, penyanyi itu adalah mangsa tuduhan palsu yang tidak berasas.

Tambahnya lagi, mereka tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang bagi membersihkan semula imej Nelly yang terjejas ekoran peristiwa itu.

Nelly

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain