suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Luhan EXO Perkenal Kekasih Di Laman Sosial

Luhan dan Xiao Tong kini pasangan kekasih.

BEKAS anggota kumpulan EXO, Luhan mendedahkan dia sedang menjalinkan hubungan dengan aktres berasal dari China iaitu Guan Xiao Tong.

Koreaboo melaporkan Luhan membuat pengumuman itu menerusi akaun Weibo miliknya pada Ahad.

Xiao Tong turut dilihat meninggalkan komen berbentuk hati pada ruang komen status teman lelakinya itu sebagai pengesahan dia adalah teman wanita penyanyi itu.

Lebih dikenali sebagai Traey Miley, Xiao Tong cukup popular di China dan pernah tampil dalam beberapa filem seperti Nuan, The Promise dan The Left Ear.

Manakala drama bersiri popularnya, To Be A Better Man dan pasangan itu kini sedang berlakon bersama dalam Sweet Combat.

Sebelum ini pasangan itu pernah digosipkan bercinta namun kedua-duanya enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Luhan, EXO

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain