Khabar Angin Afgan, Rossa Bertunang - Bintang Global | mStar

Khabar Angin Afgan, Rossa Bertunang

Peminat mengharapkan hubungan Rossa dan Afgan berakhir di jinjang pelamin. Foto Instagram @itsrossa

KEHADIRAN penyanyi Datuk Rossa di sebuah majlis hiburan di Indonesia mencuri tumpuan peminat apabila dikatakan dia sudah bertunang dengan penyanyi Afgan.

Peminat mula membuat andaian tersebut setelah melihat cincin dijari Rossa yang ternyata mencuri tumpuan netizen.

Lebih-lebih lagi ketika itu Rossa mempamerkan barang kemas tersebut ketika bergambar bersama Afgan.

Rossa selesa bersahabat dengan Afgan.

Menerusi portal hiburan Tribunnews.com, Rossa menafikan dakwaan tersebut dan memberitahu cincin yang tersarung dijari manisnya itu adalah cincin sama yang selalu dipakai olehnya.

"Mana ada bertunang, memang hari itu saya dan Afgan ada bergambar menggunakan aplikasi Boomerang.

"Kebetulan cincin yang kamu lihat itu adalah cincin yang selalu saya pakai.

Rossa bukan sahaja popular di Indonesia, malah dikenali di Malaysia.

"Bertunang itu hanya pada fikiran orang sahaja, sedangkan tidak!,"katanya.

Malah, penyanyi lagu Pudar ini  mengaku tidak bermaksud untuk mempamerkan cincin tersebut sehingga menimbulkan persoalan netizen.

Dalam hal ini, nampaknya peminat Indonesia seolah-olah memberi 'restu' hubungan Rossa dan Afgan.

Rossa , Afgan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Lebih Artikel

Mak Nyah maut dibelasah sekumpulan lelaki

Coklat tumpah, panggil bomba!

Mas Ermieyati sertai Bersatu