suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengasas 'Playboy' Disemadi Sebelah Marilyn Monroe

Hugh Hefner akan disemadikan disebelah pusara Marilyn Monroe.

PENGASAS majalah Playboy, iaitu Hugh Hefner yang meninggal dunia pada Khamis lalui akan disemadikan di sebelah kubur pelakon Marilyn Monroe.

Pada tahun 1992, Hefner dilaporkan membeli lot kubur bersebelahan model pertama penghias muka depan majalah Playboy itu yang terletak di Westwood Village Memorial Park, Los Angeles dengan harga RM300,000, lapor The Guardian.

Malah menerusi sebuah temu bual pada 2002, Hefner pernah berkongsi mengenai pembelian dan hasratnya untuk dikebumikan di sebelah kubur Marilyn.

Kata mendiang, pengacara Jay Leno merupakan individu yang memberi cadangan agar dia disemadikan bersebelahan pusara Marilyn.

Hefner juga mengakui mempunyai hubungan rapat dengan Marilyn malah mereka dilahirkan pada tahun yang sama.

"Marilyn Monroe adalah ikon seks pada zaman saya.

"Terdapat perkara unik mengenainya apabila masih popular walaupun sudah meninggal dunia lebih 50 tahun lalu," kata Hefner pada 2012.

Hefner meninggal dunia pada usia 91 tahun di kediamannya, The Playboy Mansion disebabkan sakit tua.

Hugh Hefner, Marilyn Monroe

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain